PEMERHATI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN P.187 KINABATANGAN DAN PRK DEWAN UNDANGAN N.58 LAMAG, SABAH

Tarikh Permohonan:

  1. Permohonan sebagai Pemerhati dibuka mulai 16 Disember 2025 sehingga 31 Disember 2025.
  2. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diproses.

Objektif program pemerhati:

  1. Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
  2. Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
  3. Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
  4. Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.

Skop Pemerhatian:

Pemerhati yang dilantik dibenarkan untuk memerhatikan proses-proses pilihan raya seperti berikut:

  1. Proses Penamaan Calon;
  2. Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
  3. Kempen Pilihan Raya;
  4. Proses Pengundian Awal;
  5. Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
  6. Proses Pengundian Biasa;
  7. Proses Pengiraan Undi Awal;
  8. Proses Pengiraan Undi Pos;
  9. Proses Pengiraan Undi; dan
  10. Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya.

Terbuka kepada:-

  1. Agensi Kerajaan;
  2. Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
    (terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan); dan
  3. Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

Syarat-syarat asas:-

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  2. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
  3. Tidak bankrap;
  4. Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
  5. Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
  6. WAJIB menghadiri latihan yang disediakan;
  7. Permohonan melalui organisasi sahaja. Permohonan individu tidak diterima
  8. Bagi kedua-dua PRK ini, organisasi hanya dibenarkan untuk menghantar 1 pasukan yang merangkumi maksimum 8 orang pemerhati.

Nota

  1. Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
  2. Latihan dan taklimat akan disediakan kepada pemerhati mengikut zon berikut dan pemerhati bebas memilih mana-mana zon yang bersesuaian:
    • Zon 1: Putrajaya
    • Zon 2: Sandakan

*Tarikh taklimat akan dimaklumkan kemudian

1. Permohonan sebagai Pemerhati

i. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN A – BORANG PERMOHONAN PEMERHATI.

ii. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI.

iii. Mengemukakan LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B yang telah lengkap kepada Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO).

2. Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO)

i. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO.

ii. Mengemukakan semua dokumen (Rujuk Laman DOKUMEN DIPERLUKAN) yang telah lengkap kepada pemerhati@spr.gov.my.

Nota:

  • PBO merupakan individu mewakili organisasi dan bertanggungjawab menyelaras perkara berkaitan pemerhati di bawah organisasi.
  • Hanya seorang PBO dilantik bagi setiap organisasi.

Peringatan:

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2025.
  • Semua dokumen hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.

Dokumen yang diperlukan

  1. Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS
  2. Laporan aktiviti
  3. Profil pertubuhan
  4. Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
  5. Surat permohonan
  6. Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
  7. LAMPIRAN A – BORANG PERMOHONAN PEMERHATI bagi setiap pemohon.
  8. LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI bagi setiap pemohon.
  9. LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO

Nota:

  • Pengecualian dokumen [1,2,3 dan 4] kepada Agensi Kerajaan yang menyertai program ini.
  • Agensi Kerajaan diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan daripada Ketua Jabatan peringkat negeri atau persekutuan.

Muat turun dokumen :