PEMERHATI PILIHAN RAYA PRU DUN SABAH KE-17
Tarikh Permohonan:
- Permohonan sebagai Pemerhati PRU DUN Sabah Ke-17 dibuka mulai 09 Oktober 2025.
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Oktober 2025.
Objektif program pemerhati:
- Membina keyakinan awam terhadap ketelusan dan integriti penjalanan pilihan raya yang dilaksanakan oleh SPR;
- Membina kepercayaan dalam proses demokrasi;
- Menghalang dari berlakunya manipulasi dan penipuan melalui pemerhatian pihak ketiga yang tidak memihak kepada mana-mana pihak dengan melakukan semak dan imbang; dan
- Membawa penambahbaikan kepada proses pilihan raya berdasarkan laporan dan cadangan dari pemerhati.
Skop Pemerhatian:
Pemerhati yang dilantik dibenarkan untuk memerhatikan proses-proses pilihan raya seperti berikut:
- Proses Penamaan Calon;
- Proses Pengeluaran Kertas Undi Pos;
- Kempen Pilihan Raya;
- Proses Pengundian Awal;
- Proses Semakan Isi Peti Undi Biasa;
- Proses Pengundian Biasa;
- Proses Pengiraan Undi Awal;
- Proses Pengiraan Undi Pos;
- Proses Pengiraan Undi; dan
- Proses Penjumlahan Rasmi Undi dan Pengumuman Keputusan Pilihan Raya.
Terbuka kepada:-
- Agensi Kerajaan;
- Organisasi NGO / CSO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(terhad kepada syarikat yang tidak berorientasikan keuntungan); dan - Berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Syarat-syarat asas:-
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah;
- Tidak bankrap;
- Tidak memegang jawatan dalam mana-mana parti politik;
- Dapat bekerjasama dan mengamalkan sikap berkecuali;
- WAJIB menghadiri latihan yang disediakan;
- Permohonan melalui organisasi sahaja. Permohonan individu tidak diterima.
Syarat-syarat tambahan PRU DUN Sabah Ke-17:-
8. Pemerhati bebas memilih satu (1) Parlimen sahaja untuk membuat pemerhatian.
· Pemerhatian hanya dibenarkan di DUN-DUN dalam Parlimen yang dipilih sahaja.
· Contoh: Jika memilih P.172 Kota Kinabalu, pemerhatian hanya boleh dibuat di N.19 Likas, N.20 Api-Api dan N.21 Luyang sahaja.
(Rujuk LAMPIRAN D – SENARAI PARLIMEN & DUN SABAH)
· Parlimen yang dipilih oleh pemerhati adalah kekal sepanjang tempoh pemerhatian dan tidak boleh ditukar selepas pelantikan dibuat.
9. Setiap organisasi boleh melantik sehingga 4 orang pemerhati setiap Parlimen.
· Contoh:
– P.167 Kudat: 4 orang pemerhati
– P.172 Kota Kinabalu: 4 orang pemerhati
– P189 Semporna: 4 orang pemerhati
· Sekiranya organisasi menghantar 4 orang permerhati ke semua 25 Parlimen, jumlah maksimum pemerhati adalah 100 orang.
Nota
- Tiada ganjaran kewangan akan diberikan.
- Latihan dan taklimat akan disediakan kepada pemerhati mengikut zon berikut dan pemerhati bebas memilih mana-mana zon yang bersesuaian:
- Zon 1: Putrajaya
- Zon 2: Kota Kinabalu
- Zon 3: Sandakan
- Zon 4: Tawau
*Tarikh taklimat akan dimaklumkan kemudian
1. Permohonan sebagai Pemerhatian Pemerhati
i. Memaklum dan mengemukakan maklumat berikut kepada Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO):
- Nama;
- No. Kad Pengenalan;
- No. Telefon;
- E-mel;
- Parlimen yang dipilih (Rujuk LAMPIRAN D – SENARAI PARLIMEN & DUN SABAH);
- Saiz baju pemerhati; dan
- Zon taklimat yang dipilih.
ii. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI.
2. Pegawai Bertanggungjawab Organisasi (PBO)
i. Mengisi dan melengkapkan LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO.
ii. Melengkapkan LAMPIRAN A – SENARAI PERMOHONAN PEMERHATI ORGANISASI.
iii. Mengemukakan semua dokumen (Rujuk Laman DOKUMEN DIPERLUKAN) yang telah lengkap kepada pemerhati@spr.gov.my.
Nota:
- PBO merupakan individu mewakili organisasi dan bertanggungjawab menyelaras perkara berkaitan pemerhati di bawah organisasi.
- Hanya seorang PBO dilantik bagi setiap organisasi.
Peringatan:
- Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Oktober 2025.
- Semua dokumen hendaklah dikemukakan sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang diterima selepas daripada tarikh tutup permohonan tidak akan diproses.
Dokumen yang diperlukan
- Salinan sijil pendaftaran SSM/ROS
- Laporan aktiviti
- Profil pertubuhan
- Perlembagaan pertubuhan (berdaftar di bawah ROS)
- Surat permohonan
- Maklumat penyandang jawatan-jawatan utama dalam organisasi
- LAMPIRAN A – SENARAI PERMOHONAN PEMERHATI ORGANISASI
- LAMPIRAN B – KOD ETIKA DAN AKU JANJI
- LAMPIRAN C – BORANG PENGESAHAN PELANTIKAN PBO
Nota:
- Pengecualian dokumen [1,2,3 dan 4] kepada Agensi Kerajaan yang menyertai program ini.
- Agensi Kerajaan diwajibkan untuk melampirkan surat permohonan daripada Ketua Jabatan peringkat negeri atau persekutuan.
Muat turun dokumen :